Tuesday, May 11, 2010

Merah Hidupku

SEHENING SALJU SEDINGIN KALBU

uwekkk....uwekkkk... uwekkk...... (alamak bayi dah mula berbunyi... menangis ker.... )
hehehe... ahahahaaa...... kekeke.... mmmmm..... mammaa..... (itulah impian setiap insan yang bergelar ibu dan ayah)

Teringat cerita nenekku sewaktu menunggu waktu kelahiranku... keadaan diluar yang dingin dikala waktu subuh baru mula menjelma dimana segenap manusia sedang asyik melayani mimpi indah, namun ada juga yang mahu memulakan langkah mencari rezeki untuk menyambung kehidupan yang masih bersisa... Namun bagi keluarga yang menetap dirumah B9, Felda Bukit Ramun keadaan dingin menjadi agak kecoh... Makku yang mula merasa sakit dok menahan tendangan dan sepakan aku yang mula aktif didalam perutnya yang mahu keluar dengan tidak sabar.... Mak @ Nenekku, Bapak@Atokku dan Abahku mula mencari jalan keluar kerana Makku sudah tidak tentu arah kerana perbuatanku sendiri..(hehehe... mak cepatlah... adeq nak keluar).... Kekalutan bertambah bila Makku mula mengerang... Mak@Nenekku mula mengambil bahagian dan mengarahkan Abahku keluar mencari bidan bagi menyambut kelahirannku... (Bidan???? Maklumlah duduk kampung... nak panggil Dressa mesti dia belum bangun... Dikala mimpi yang indah sedang mengulit... Jadi Bidan jer yang menjadi pilihan) Namun baru jer Abahku melanggah ke pintu dapur untuk keluar... Tiba-tiba terdengar suara rengekan aku yang sudah keluar dipintu rahim ibuku dan disambut oleh Mak@Nenekku.... "Ran... xpayah lah cari bidan... dah kuar dah budaknya"... tuelah ayat Mak@Nenekku kepada Abahku.... Tepat jam 5.30 pagi waktu Malaysia aku menjelma dialam nyata ini.... Aminnn....... Tangisanku membuatkan Kakakku terjaga dari lamunannya... Dia pun memulakan adegan dramanya dengan menagis dan bermulalah perasaan yang mengatakan bahawa aku adalah pengacau dalah hidupnya... Mak@Nenekku cerita bahawa Kakakku masa aku kecil memang dengki ngan aku... kena sakat ngan Nenek-nenek yang datang melawat Makku dan Aku untuk bawak aku bersama mereka.. Ader ker dia cakap "Amiklah.... taknak adik... nak Mak jer"... (owhhhh jeleslah tue akak aku sebab tak dapat manja) Namun setelah lama kehadirannku dalam keluarga aku, akhirnya pada suatu petang ketika aku lepas mandi dan disiapkan oleh Makku... aku dibaringkan di atas tilam khas kerana badan dah sedap aku pun tidur... Tiba-tiba kakakku menghampirkan diri di katilku dan perlahan-lahan mendekati aku... Makku risau dan bimbang , namun Mak@Nenekku cuba menegah supaya Makku bersuara kerana mahu melihat apakah tindakan Kakakku.... Akhirnya dia dapat juga terima diriku sebagai adiknya.... Tanganku yang comel dan lebut dicium lembut oleh kakakku... Sejak itulah Kakakku mula menagis sekiranya ada sesiapa yang mahu mengambilku dari Makku.... Betullah bak kata orang air dicincang takkan putus....

No comments:

Post a Comment