Friday, August 26, 2011

Ader Aku Kesah...............

Orang lain cuti aku xkesah tapi bila turn aku nak cuti.... amboiiiiiiiiii... sedap betul nak mengata jer.... keja aku dah settle... ko nak sesuatu main buka mulut jer... ko tau siap... aku gak yang lintang pukang siapkan kerja....

Ader aku kesah..... Kasi Sinyummmm sama muka baru bahagia.... Aper yang penting kerja siap...... Kerja siap maka bertambah banyaklah aku update blog aku nie...
kui..kui..kui...

Meh baca cerpen pendek nie.... korang jangan gelak TAU.......



Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu "W.TAUFIK WWW".
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.


Cikgu Ajoi : "Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?".

Taufik : "Saya Cikgu..." (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : "Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?".

Taufik : "Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..".

Cikgu Ajoi : "Takpe-takpe Taufik,cakap jer..".

Taufik : "Baik Cikgu , nama penuh saya ialah...Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh...".

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu "BKBKBDB DIAN".

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab "saya DIAN Cikgu...".

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : "Dian ada abang di sekolah ini?".

Dian : "Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3."

Cikgu Ajoi : "Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?".

Dian : "Baik Cikgu, nama panjang saya ialah...Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN"

No comments:

Post a Comment