Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya
habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum
pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam
biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu
sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni
still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen
makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk
habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik
yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak
tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam
itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah
tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa
melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita
meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik
beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak
walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok
...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak
kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan
selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru
saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat
maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap
mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ...
kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian
berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan
sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat
jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling
paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak
tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan
peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi
waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi
apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil
iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke
penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in
Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to
him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may
the last ones understand his words better than those who listen to him
directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my
weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam...
Terima Kasih,
No comments:
Post a Comment