Dayang Ku Intan
Senandung Hari Raya Untuk Mu
Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu
1
Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera
( korus )
Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya
Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga
( ulang dari 1 hingga akhir )
Perghh... sedap jugak suara aku..... tetiba suka lak lagu nie... padahal lagu kesukaan aku lagu Anuar Zain ngan Elina .... alaaaa Lagu Kain Pelikat..... nak cari lagu kain batik tak jumpa.... Tahun nie layan lagu nie pulak...... pejam celik pejam celik dan pejam celik lagi.... Bulan Ramadhan semakin berakhir dan Syawal semakin menjelma... sesungguhnya aku rasa bulan mulia kali ini terlalu cepat berlalu pergi..... sedih bercampur baur.... mungkin kali ini aku sambut raya dengan lebih bermakna daripada dua tahun lepas yang terlalu banyak kenangan pahit yang ku simpan.... namun ku tahu itu semua hanyalah satu ujian kecil dari Tuhan untukku untuk aku alami kebahagiaan hari ini dan selepas ini......
Tahun nie ... insyallah tahun terakhir aku beraya sebagai anak dara mak abah... anak yang nakal dan suka buat mak abah risau.... bukan anak manja tau kengkawan.... cuma suka mintak mak abah duit.... hehehehehe..... lepas nie anak dara mak abah akan ader orang jaga... jadi mak abah akan dapat anak lelali baru... yeyeyeyeye bolehlah ganti anak dara mak abah nie buat kerja berat .... bolehlah mak abah jenjalan kemana sahaja... kan...kan..kan.... jadi mak abah takdelah risau sangat anak dara dia dah ader orang jaga dan balik kampung pun dah berdua..... nak 3 tahun anak dara mak abah nie jadi 'power puff girl'.... alhamdulillah berkat doa mak abah anak dara dia nie selamat..... aminnnn..... (tak leh sambung tulis sebab hati rasa sebak lak.... windu mak abah.... tak sabar nak balik .....
Oleh kerana semangat nak balik kampung.... idea nak tulis pun dah pergi beraya....
Kepada kengkawan... Tiqah ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN..... pulang kekampung dengan berhati-hati... bukan sahaja elakkan sebarang yang buruk terjadi tetapi mengelakkan kereta anda menerima surat cinta dari skuad PUTIH dan BIRU yer... (nie peringatan tuk diri sendiri jugak..... )................
No comments:
Post a Comment