Saya masih ingat lagi, dalam satu ceramah yang saya dengar,
seorang ustaz pernah cakap;
“Berkat bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit. Tetapi
MASA juga ada berkatnya. Masa yang berkat ialah, masa yang dapat dimanfaatkan
sepenuhnya. Ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.”
Sambung ustaz itu lagi,
“Salah satu tanda Allah sudah tidak pedulikan kita ialah
apabila masa kita tidak diisikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.”
Begitulah antara kata-kata yang sangat memberikan kesan pada
hati saya.
Sekarang, mari kita cuba sama-sama renung dan nilaikan,
adakah masa kita terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat? Atau kebanyakan
masa kita habis begitu saja? Tengok TV berapa jam? Berborak-borak kosong berapa
jam? Main internet berapa jam? Melepak berapa jam? Adakah masa yang kita lalui
adalah masa yang mendapat keberkatan daripada Allah?
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua tentang petua
atau cara yang saya amalkan dalam usaha untuk mendapatkan masa yang berkat.
Sama-samalah kita cuba amalkan yer.
1. Bangun awal pagi ( boleh amalkan )
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Setidak-tidaknya 30
minit sebelum Subuh. Kalau saya nak senaraikan kelebihan bangun awal ni, memang
ada banyak sekali. Namun, cukuplah saya katakan bahawa, kalau bangun awal, kita
akan dimurahkan rezeki oleh Allah.
2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi (kena amalkan nie)
Seboleh mungkin, cubalah peruntukkan masa 15~30 minit untuk
baca Surah Yaasin pada setiap pagi. Tak kiralah nak baca sebelum Subuh ker,
selepas Subuh ker, dalam kereta masa pergi kerja ker, atau boleh juga dibaca
sebelum masuk pejabat. Surah Yaasin banyak sekali kelebihannya. Menurut Ustazah
Fatimah Az-Zahra, Surah Yaasin adalah surah yang memudahkan. Sesiapa baca surah
Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari
itu akan dipermudahkan. Tak percaya? Cubalah amalkan. InsyaAllah anda pasti
akan merasai kesannya.
3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan (masuk opis jer dah terpampang kerja bertaburan atas meja)
Pada setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja,
senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Buat
perancangan. Tetapkan ‘daily goal’ anda. Buat pelan tindakan. Atur strategi
anda dalam menyelesaikan kerja-kerja anda.
*Pastikan anda TULIS pada kertas, bukan ingat dalam kepala
saja. Sebab, dengan menulis kerja yang anda ingin lakukan, anda tidak akan
lupa. Dan tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang
mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja
anda itu dengan segera.
4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga (buat sehabis baik tau)
Tekadkan dalam hati, sentiasa bisikkan pada diri ; “Saya tak
akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”
Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat
kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda,
cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan
siapkan kerja saya sekarang juga.”
5. Sentiasa bawa buku bersama anda (yang nie akan dipikirkan)
Apabila ada saja masa lapang, ketika tunggu bas ker, masa
panaskan enjin kereta ker, masa dalam lift ker, masa tunggu giliran di bank
ker, buka buku yang anda bawa tu dan bacalah.
Percaya atau tidak, dengan amalkan sentiasa bawa buku ke
mana saja ini, saya berjaya membaca sekurang-kurangnya 2 buah sebulan.
Sekian, itulah beberapa cara yang saya lakukan dalam
mengawal masa saya agar ianya dimanfaatkan sepenuhnya. Anda bagaimana? Apa yang
anda buat untuk mengawal masa anda??
No comments:
Post a Comment