NASI… merupakan salah satu makanan yang di geruni oleh
mereka yang sedang berdiet malah ada
yang jadi anti-nasi. Memang nasi mengandungi tinggi sumber tenaga iaitu
karbohidrat. Tanpa mengetahui khasiat sebenar nasi, setengah daripada kita
mengatakan ‘makan nasi punca gemuk‘.
Untuk yang ‘mengharamkan‘ pengambilan nasi kerana nak diet,
itu adalah SALAH sebab nasi sebenarnya ada banyak khasiat yang kita mungkin tak
tahu.
Secara umumnya, berikut merupakan khasiat yang boleh
diperoleh dari nasi:
>Sumber Tenaga Utama: Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia
bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan
membantu otak untuk
berfungsi secara normal.
>Rendah Kolestrol: Nasi sangat bagus untuk kesihatan,
fakta mengatakan bahawa nasi tidak mengandungi lemak berbahaya, kolesterol atau
sodium. Dan ini melengkapkan lagi program diet yang seimbang.
>Kaya Vitamin: Nasi merupakan sumber yang kaya vitamin
dan mineral seperti niasin, vitamin D, kalsium, serat, zat besi, tiamin dan riboflavin.
>Tekanan Darah Tinggi: Seperti yang kita tahu kandungan
sodium (garam) dalam beras adalah rendah,
dan merupakan makanan terbaik bagi mereka yang menderita
tekanan darah tinggi dan hipertensi.
>Pencegahan Kanser: Beras gandum seperti beras perang
kaya dengan serat larut yang dapat melindungi
daripada kanser. Banyak saintis percaya bahawa serat larut tersebut sangat
penting untuk melindungi tubuh daripada
pembiakan sel kanser.
>Cirit Birit: Bahagian kulit padi dianggap sebagai ubat
yang berkesan untuk mengubati cirit birit. Sekam padi yang berusia lebih kurang
tiga bulan mempunyai sifat diuretik. Orang Cina percaya bahawa beras
sangat meningkatkan nafsu makan,
menyembuhkan penyakit perut dan gangguan pencernaan.
>Kulit: Pengamal perubatan mengatakan serbuk/air beras
boleh menyembuhkan beberapa penyakit kulit. Di India, air beras digunakan oleh pengamal
ayurveda sebagai ’krim‘ yang berkesan untuk menyejukkan permukaan kulit yang
terbakar.
Beras Putih VS Beras Perang
Ramai yang beranggapan ‘beras perang atau beras putih, dua
dua sama je. Yang penting, kenyang!’. Sebenarnya ada dua jenis beras iaitu:
* Beras
gandum/perang
* Beras putih
Beras Putih
>Kulit luarnya telah dibuang dan menyebabkan nilai gizi
berkurangan. Jadi kekurangan beras putih ialah nutrisi pada beras putih termasuk
fiber dan selulosa telah hilang kerana kulit lapisan luar yang telah dibuang.
Beras Perang
>Beras perang ialah beras yang tidak dibuang kulit
arinya. Kandungan minyak pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu
menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang dan lebih
kenyal daripada beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat.
Antara kelebihan perubatan yang ada pada beras perang ialah:
> * Mempunyai
selenium dan fiber yang bertindak sebagai anti-kanser.
> * Mengurangkan
kolestrol dalam badan.
> * Sesuai
dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
> * Satu cawan
beras perang memberikan anda 88 peratus magnesium yang diperlukan tubuh.
Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain
penghasilan hormon seks.
> * Mengurangi
kesan penyakit kencing manis jenis ke-2.
Jadi, beras perang lebih berkhasiat kalau nak dibandingkan
dengan beras putih yang kita selalu makan tu. Untuk yang berkemampuan dan
mementingkan kesihatan bolehlah beralih kepada beras perang. Beras putih, bukan
lah tak berkhasiat, tapi khasiatnya kurang berbanding beras perang.

No comments:
Post a Comment