Hahahahaha... gempak tak tajuk... hehehehe... nielah yang aku suka buka emel aku pepagi.. mesti ader info leh kongsi ngan kengkawan.... mehlah tambah ilmu..... dan ukur baju bandan sendiri...
PERCAYALAH SETIAP MANUSIA ADE KECANTIKKAN MEREKA TERSENDIRI......
Bentuk tubuh badan anda di waktu ini sebenarnya bergantung
pada faktor keturunan, tabiat pemakanan dan aktiviti harian. Pengaruh keturunan
memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk tubuh yang anda ada sekarang,
tetapi, anda masih boleh mengubahnya mengikut bentuk tubuh yang anda inginkan
melalui pengetahuan, makanan, senaman yang baik untuk pembentukan dan
kesihatannya.
Ramai yang melakukan pembentukan semula melalui senaman
kardio dan angkat berat tetapi perlu diingatkan, ianya bukanlah perkara yang
mudah maka disarankan anda meminta bantuan professional dan pakar untuk memberi
nasihat dan tunjuk ajar yang betul.
JOM kenal pasti jenis bentuk badan anda!
HOURGLASS
Bentuk tubuh : Berada di tengah-tengah di antara pir dan
epal. Tidak kurus dan tidak gemuk. Mempunyai ukuran dada dan pinggang yang
lebar. Jika anda cergas, lengan dan paha kelihatan berotot dan kuat.
Risiko : Berisiko mendapat tiroid. Ini kerana mudah
mengalami peningkatan berat badan tetapi sukar untuk menurunkannya. Mudah
diserang tekanan, sukar tidur dan banyak lagi.
Isu sihat : Mudah berasa penat dan ini sering menyukarkan
anda untuk bersenam dan melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko
penyakit jantung selalulah lakukan aktiviti yang menenangkan minda. Ketahuilah
setiap kali anda tertekan hati anda akan membebaskan lemak ke saluran darah
anda. Cubalah sentiasa untuk hidup riang.
PISANG
Bentuk tubuh : Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang
panjang dan bentuk tubuh seperti lelaki (kurus sahaja). Bentuk badan seperti
pisang sering dicemburui oleh teman-teman sekeliling.
Risiko : Risiko untuk mendapat penyakit jantung, diabetes
dan kanser payudara adalah RENDAH. Tetapi jika anda tidak 'fit' dan mempunyai
banyak lemak berbanding otot anda tetap berisiko.
Isu sihat : Mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak
mustahil akan menggangu proses ovulisasi dan juga kesuburan. Oleh itu, rancang
pelan keluarga sebaik anda mencecah 30. Rangka tubuh yang kecil dan tahap BMI
yang rendah meningkatkan risiko mendapat penyakit osteoprosis. Jadi perlu
bersenam selalu dan banyakkan pengambilan kalsium.
PEAR
Bentuk badan : Bahagian dada kecil dan pinggang ramping.
Badan dikatakan seperti duyung. Mempunyai pinggang,punggung dan paha yang agak
besar.
Risiko : Lemak bahagian punggung dan paha tidak akan
meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan diabetes. Jadi jangan
tambah kerisauan pada pasangan yang anda risau tentang saiz punggung yang
lebar.
Isu sihat : Dengan lebihan lemak bahagian bawah tubuh anda,
bentuk pir ini mudah berisiko mempunyai masalah pengedaran darah (varicose
vein) dan lebihan air pada buku lali dan kaki. Mempunyai tahap estrogen yang
tinggi yang meningkatkan risiko serangan kanser payudara.
EPAL
Bentuk badan : Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke
atas. Punggung anda kecil dan kaki langsing.
Risiko : Keseimbangan
antara hormon seksual (testosteron dan estrogen) dan hormon tekanan (serotonin
dan 'dopamine') mungkin menjadi penyebab terkumpulnya lemak di bahagian
pinggang anda. Bentuk tubuh anda mungkin terjadi seperti ini disebabkan oleh
terlalu banyak tekanan, pengambilan makanan yang salah, terlalu sedikt
melakukan aktiviti dan juga mungkin terlalu banyak mengambil alkohol.
Isu kesihatan : Apabila anda mengalami kenaikan berat badan
tertumpu kepada bahagian yang merbahaya. Lebihan lemak(visceral) ini terbina di
bawah kulit. Jika tidak terkawal mampu meningkatkan kolestrol dan masalah
insulin. Jangan lupa melakukan ujian terhadap kolestrol dalam darah, gula darah
dan tekanan darah. Tindakan ini mampu mengelakkan risiko penyakit jantung,
diabetes dan angin ahmar.

No comments:
Post a Comment