Pak Itam semakin menakutkan dan menggila... aku teringat masa belajar dulu... Bila gi KL kuar jenjalan... Ader jer Pak Itam yang akan tegur dan cakap tah aper-aper.... Taulah aku nie kategori Chubby yang memang menjadi kegilaan Pak Itam nie... owhhhh sungguh menakutkan.... Tapi pelik aku tengok anak muda sekarang yang gemar sesangat ngan orang ASING nie... Risau aku ngan anak buah dan sepupu aku yang semakin membesar.....
Meh kiter kongsi info dari PDRM nie.....
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini mengeluarkan panduan
khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk
negara ini.
Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang
menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya
anda tidak menjadi mangsa mereka.
Modus operandi
a. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet (chatting/
e-mail)
b. Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung
melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam
cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum
menjanjikan sesuatu kepada mangsa.
c. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu
akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang
asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada
mangsa.
d. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai
pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah
wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses
penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti
yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.
e. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank
orang lain.
Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email)
yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.
Nasihat :
Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan
percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan
tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek
kononnya barangan kemas dan wang tunai. – Facebook PDRM
No comments:
Post a Comment